Pengembangan gtv电竞比赛数据 di Asia Tenggara Mencatatkan Satu Lagi Kejayaan dalam Usahanya untuk Menerajui Industri Perbankan Digital di Rantau ini
Kelvin Teo, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan gtv电竞比赛数据 | Modalku dan Pengarah Negara gtv电竞比赛数据 Vietnam, Ryan Galloway
KUALA LUMPUR, 10 MEI 2022 — gtv电竞比赛数据 (juga dikenali sebagai Modalku di Indonesia), platform pembiayaan digital PKS terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara, telah dilancarkan secara rasmi di Vietnam hari ini, menandakan pengembangan pasarannya yang kelima. Berbekalkan keazaman untuk menangani jurang pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Vietnam, di mana landskap PKS sedang berkembang pesat tetapi masih kurang mendapat perhatian dari segi kewangan, langkah syarikat teknologi kewangan itu memasuki pasaran negara tersebut bertepatan dengan usahanya untuk terus berkembang ke seluruh Asia Tenggara.
Menurut Kementerian Perancangan dan Pelaburan Vietnam, 98% daripada perniagaan yang beroperasi di negara itu pada 2020 adalah PKS, yang menggaji lebih daripada 5.6 juta pekerja dan menyumbang lebih daripada AS$241 bilion (RM1.045 trilion) atau 40% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Vietnam. Walau bagaimanapun, jurang di antara jumlah PKS berdaftar dan jumlah perniagaan yang masih beroperasi semakin meluas dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, dengan hanya 54% PKS berdaftar masih lagi aktif pada 2019. Akses kepada pembiayaan masih lagi menjadi salah satu daripada halangan utama terhadap pertumbuhan PKS di Vietnam, dan masalah ini diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19.
Sebagai penyedia pembiayaan digital PKS terkemuka di Asia Tenggara, gtv电竞比赛数据 berfungsi sebagai platform yang boleh dipercayai untuk pembiayaan PKS dengan model kredit yang dipacu oleh Kecerdasan Buatan (AI), menawarkan pinjaman berjangka tradisional, penyelesaian pembiayaan boleh diubah suai, dan pelbagai pilihan pembiayaan berasaskan perdagangan, seperti pembiayaan invois. Dalam tempoh tujuh tahun ia beroperasi, syarikat itu telah mengagihkan lebih AS$2 bilion (RM9 bilion) pembiayaan perniagaan menerusi lebih daripada 5 juta pinjaman di seluruh rantau ini.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan gtv电竞比赛数据, Kelvin Teo berkata, “Sejak penubuhan kami pada 2015, wawasan kami ialah untuk memartabatkan masyarakat di Asia Tenggara. Oleh itu, Vietnam sentiasa menjadi sebahagian daripada pelan hala tuju kami. Selaras dengan pemulihan COVID-19, ini adalah masa paling sesuai untuk kami membentuk sebuah pasukan yang mantap dengan veteran teknologi kewangan tempatan Ryan Galloway, dan mendapatkan pelaburan daripada syarikat teknologi gergasi VNG. Kami yakin bahawa Vietnam akan menjadi salah satu daripada pasaran terbesar kami memandangkan potensinya yang sangat tinggi.”
Pada awal tahun ini, syarikat teknologi gergasi Vietnam, VNG Corporation telah melabur AS$22.5 juta (RM97.65 juta) dalam gtv电竞比赛数据 sebagai sebahagian daripada siri pengumpulan dana C+ syarikat teknologi kewangan itu yang berjumlah AS$294 juta (RM1.23 bilion), yang mana AS$144 juta dikumpulkan dalam bentuk ekuiti dan AS$150 dalam bentuk pinjaman fleksibel. gtv电竞比赛数据 turut mendapat sokongan daripada pelabur terkenal lain di dalam pusingan pendanaan, termasuklah SoftBank Vision Fund 2, Rapyd Ventures, EDBI, Indies Capital, Ascend Vietnam Ventures, K3 Ventures dan banyak lagi. VNG akan membantu gtv电竞比赛数据 untuk segera menyesuaikan diri dengan pasaran tempatan bagi memastikan ia dapat menyediakan penyelesaian yang sesuai dengan keperluan unik perniagaan di Vietnam.
Pengarah Negara gtv电竞比赛数据 Vietnam, Ryan Galloway berkata, “PKS di Vietnam tidak mempunyai akses yang sama terhadap pasaran modal teroka dan peringkat awal seperti pasaran Asia Tenggara yang lain, namun pasaran Vietnam adalah sama kompetitif, menjadikan usahawan Vietnam lebih cekal berusaha dalam keadaan yang serba kekurangan. Kami melihat terdapat banyak peluang di Vietnam dan kami gembira kerana dapat menyokong perkembangan pesat landskap PKS di negara ini sambil kami terus memenuhi keperluan jutaan PKS di seluruh Asia Tenggara.”
Naib Presiden Perniagaan Hiburan Permainan dan Permainan Utama VNG, Kelly Wong berkata, "PKS memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara. Terdapat cabaran besar untuk mereka mengakses pendanaan serta modal bagi memacu pertumbuhan. Pelaburan kami dalam gtv电竞比赛数据 adalah selari dengan usaha mewujudkan peluang untuk PKS dan menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka. Sebagai sebuah syarikat teknologi yang dibangunkan di Vietnam, kami mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyokong pengembangan gtv电竞比赛数据 ke dalam pasaran Vietnam."
Beroperasi di Malaysia, Indonesia (di mana ia dikenali sebagai Modalku), Singapura, Thailand, , gtv电竞比赛数据 merupakan satu-satunya platform pembiayaan digital PKS yang dilesenkan dan berdaftar di empat negara di seluruh Asia Tenggara. Di Vietnam, ia memberikan perkhidmatan kepada PKS yang merangkumi pelbagai sektor seperti pendidikan, peruncitan, teknologi, dan barangan pengguna cepat laris (FMCG), menawarkan produk seperti pembiayaan perdagangan, pembiayaan inventori, pembiayaan akaun belum terima (AR) dan akaun belum bayar (AP) di Ho Chi Minh, Hanoi, dan kawasan-kawasan sekitarnya. Syarikat itu merancang untuk melancarkan keupayaan pembiayaan digital mata wang tempatan ke seluruh negara pada separuh kedua tahun ini.
Mengulas mengenai perkara ini, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif gtv电竞比赛数据 Malaysia, Wong Kah Meng berkata, “Kami gembira dengan pengembangan ini kerana ia mencerminkan komitmen kami yang berterusan ke arah menyediakan akses perkhidmatan pembiayaan digital kepada PKS di Malaysia dan di seluruh pasaran Asia Tenggara yang lebih luas. Menerusi keberadaan kami di rantau ini, kami dapat menyokong pertumbuhan PKS di Malaysia dan Asia Tenggara dengan lebih baik selaras dengan pengembangan perniagaan mereka di seluruh rantau ini.”
“Berasaskan kepada kejayaan gtv电竞比赛数据 di pasaran lain, kami akan menambah baik tempoh pemprosesan menerusi pengautomasian pengasalan dan pengunderaitan perjanjian bagi menyokong PKS Vietnam dengan lebih cekap,” tambah Galloway.
Sejak pra-pelancarannya di Vietnam pada Disember 2021, gtv电竞比赛数据 telah mencatatkan pengagihan lebih AS$20 juta (RM86.8 juta), dan merancang untuk meningkatkan jumlah tersebut kepada AS$90 juta (RM390.29 juta) pada tahun ini. Bagi merealisasikan cita-cita ini, di Vietnam, syarikat ini sedang merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan rakan platform teknologi dan perbankan bagi menyokong rancangan jangka sederhana dan jangka panjangnya, konsisten dengan langkah kerjasama mereka dengan bank dan pelaburan ke dalam Bank Index di Indonesia baru-baru ini. Sementara itu, di peringkat serantau, gtv电竞比赛数据 akan mengukuhkan lagi kehadirannya di kelima-lima negara di mana ia beroperasi, dengan produk pembiayaan dan perbankan digital baharu.
Indonesia
Pendana
[email protected]
+62 878 2325 1976
Peminjam
[email protected]
+62 877 7873 6144
Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia
Malaysia
[email protected]
+603 2202 1013
Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Thailand
[email protected]
+66 93 139 9721
No. 188, Spring Tower,
11th Floor, Phayathai Road,
Thung Phaya Thai Sub-district,
Ratchathewi District,
Bangkok, 10400
Vietnam
[email protected]
(+84) 28 7109 7896
2/F Sonatus Building,
15 Le Thanh Ton,
Ben Nghe Ward,
District 1,
Ho Chi Minh City, Vietnam
Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved.
gtv电竞比赛数据 is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of gtv电竞比赛数据 should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.
Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.